photo 1_zps58728665.png photo 5_zps341c6f73.png photo 2_zps5edc655f.png photo 3_zps5f863a8b.png photo 4_zpsf0e48cc6.png

Monday, 19 August 2013

resepi kek durian

siapa kat sini suka dengan durian?? ha ari ni gadis ada satu resepi nak kongsi ngan pembaca semua..tengok ni...
Kek Durian
Resepi di kala musim durian
 
Bahan-bahan ( 10 - 15 orang )
·         185 g mentega
·         150 g gula aising
·         4 biji telur Gred A, asing kuning dan putihnya
·         185 g tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
·         125 g isi durian segar, dikisar
·         Secubit cream of tartar
Cara-cara
1.    Pukul mentega dan gula hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
2.    Masukkan tepung berselang - seli dengan isi durian hingga habis. Gaul hingga rata.
3.    Dalam mangkuk lain pukul putih telur bersama secubit cream of tartar hingga kembang dan kental. Kaup dan gaulkan ke dalam adunan kek tadi menggunakan senduk secara sehala (jangan terlebih gaul) hingga rata.
4.    Tuang dalam tin kek yg telah digris dengan mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 40 - 50 minit. Bergantung pada oven masing-masing. 
         Uji kek dengan cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek jika lidi itu keluar licin, kek anda telah masak. Selamat mencuba.....


1 comment:

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda
-Kalau suka silakan tekan Like
-Insya-Allah komen anda akan di layan

Terima Kasih datang sini...lain kali datang lagi ya!
boleh Follow...